Happy Birthday Liyana

Happy birthday Liyana yang ke 11 tahun. Dia suka sangat dapat cupcakes ni katanya warna warni tak sabar nak makan....

Happy Birthday Dania




Cupcakes in ditempah dari Puan Nita. Ini dah yang ketiga ditempah dari Puan Nita. Cupcakes ini Puan Nita minta letakkan alphabet setiap biji cupcakes...for me so simple and sweet...semoga Puan Nita dan Dania suka. Untuk Dania Selamat Hari Lahir Selamat Panjang Umur dan Sihat Selalu...

Cake Chocolate

Kek ini ditempah dari Que Jaja...dah dua kali tu... terima kasih banyak...

Jalan Jalan

Salam semua, gambar ini diambil semasa bercuti dengan anak-anak.... inilah anak perempuan kakengku noni.....yang pertama liyana, aisyah dan nabilah.

Cake Chocolate

kek ini di tempah dari Butik Sentuhan Jelita Puan Jun. Terima kasih banyak..

Aneka Tepung Dan Kegunaannya

Dipasaran kini terdapat pelbagai jenis tepung,sebagai alternatif kepada pengguna untuk menghasilkan kek, biskut, roti yang baik. Namun tahukah anda sekiranya tepung yang akan digunakan dikeringkan iaitu dijemur terlebih dahulu atau dibakar dalam ketuhar dalam jangka masa tertentu supaya kelembapnya hilang, ia dikatakan mampu menjamin kuih tahan lama.?
Sekiranya terdapat halangan untuk anda memperaktiknya memadai jika tepung itu diayak sebanyak tiga kali sebelum menggunakannya. Hasilnya tepung yang lebih halus strukturnya akan diperolehi. Berikut adalah beberapa panduan dalam memilih tepung bersesuian untuk keperluan anda:-

1. Tepung serbaguna
Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana mudah didapati.

2. Tepung berprotein tinggi
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.

3. Tepung berprotein rendah
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk membuat kuih pau dan seumpamanya.

4. Tepung gandum
Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya adalah serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung Ros
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika, sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi yang sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat dari tepung gandum.

6. Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and soda bicabonate) Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250gm tepung gandum dengan 1sudu makan (rata) serbuk penaik, hasilnya tetap sama.

Perbezaan di antara Tepung Kek dan Tepung Biskut
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli didalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu mengayak tepung gandum sebanyak tiga kali. Tepung biskut atau biskut flour selalunya sudah dicampur dengan sedikit tepung jagung dan bahan akan merangupkan biskut. Jika sukar mendapatkan kedua-dua jenis tepung bolehlah menggunakan tepung gandum biasa. Hasilnya tentulah tidak sama tetapi biasanya, tidak banyak resepi yang meminta anda menggunakan tepung kek atau tepung biskut kerana kedua-duanya bahan hanya mudah didapati dipasaraya atau dikedai khusus menjual bahan dan peralatan kek sahaja.

Chocolate Cake

Terima Kasih Ku Nieta Hussin nak makan untuk berbuka puasa katanya. dan Que Jaja nak buat balik Perak ada Majlis berbuka puasa dengan keluarga disana. Jangan lupa tempahan untuk hari raya ya..

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa kepada semua pembaca, peminat kek dan cup cakes kakengku Noni. Semoga bulan yang mulia ini memberi kita keberkatan.Sama-samalah kita menyambut Ramadhan dengan penuh kesyukuran.. Amin...Amin...

Cake Promotion

Promotion for limited time and limited quantity..
We will stop taking order 7 days before Raya.
first delivery to Che Ngoh.. Thank You..

16pcs for Kak Nisah

Thank you for your support.. nak try katanya.. sedap ke..
Wow.. Confirm Sedap..

Promosi Puasa dan Raya

Kek Coklat Lembab.. (Moist Chocolate Cake)
Diameter : 8 inci .. Berat : +-1kg.. Plus Kotak.. 
Call Kak Engku NOW!!!

Happy Birthday Zara 3 Tahun

Cupcakes ini di tempah oleh ibu zara sempena hari jadinya yang ke3. Kata ibunya zara suka warna pink jadi kakengku pun buat cupcake banyak bertema kan pink. Selamat hari jadi zara.. Terima kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...