Dipasaran kini terdapat pelbagai jenis tepung,sebagai alternatif kepada pengguna untuk menghasilkan kek, biskut, roti yang baik. Namun tahukah anda sekiranya tepung yang akan digunakan dikeringkan iaitu dijemur terlebih dahulu atau dibakar dalam ketuhar dalam jangka masa tertentu supaya kelembapnya hilang, ia dikatakan mampu menjamin kuih tahan lama.?
Sekiranya terdapat halangan untuk anda memperaktiknya memadai jika tepung itu diayak sebanyak tiga kali sebelum menggunakannya. Hasilnya tepung yang lebih halus strukturnya akan diperolehi. Berikut adalah beberapa panduan dalam memilih tepung bersesuian untuk keperluan anda:-

1. Tepung serbaguna
Tepung serbaguna sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana mudah didapati.
2. Tepung berprotein tinggi
Tepung berprotein tinggi untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.
3. Tepung berprotein rendah
Tepung berprotein rendah pula adalah lebih sesuai untuk membuat kuih pau dan seumpamanya.
4. Tepung gandum
Tepung gandum biasa banyak dipasarkan secara komersial. Fungsinya adalah serupa dengan tepung serbaguna.

5. Tepung Ros
Tepung ros sebenarnya mengandungi bahan tepung jagung yang boleh merangupkan biskut. Namun anda tidak perlu mengurangkan penggunaan tepung jagung jika, sukatan tepung jagung itu tidak terlalu banyak dalam resepi yang sedia ada. Dikatakan hasilnya adalah lebih baik dari biskut yang diperbuat dari tepung gandum.
6. Tepung Naik Sendiri
Tepung naik sendiri atau juga dipanggil tepung berserbuk penaik mempunyai kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder and soda bicabonate) Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250gm tepung gandum dengan 1sudu makan (rata) serbuk penaik, hasilnya tetap sama.
Perbezaan di antara Tepung Kek dan Tepung Biskut
Tepung kek atau cake flour tidak banyak bezanya dengan superfine flour (boleh dibeli didalam kotak) tetapi, anda akan dapat hasil yang agak sama jika terlebih dahulu mengayak tepung gandum sebanyak tiga kali. Tepung biskut atau biskut flour selalunya sudah dicampur dengan sedikit tepung jagung dan bahan akan merangupkan biskut. Jika sukar mendapatkan kedua-dua jenis tepung bolehlah menggunakan tepung gandum biasa. Hasilnya tentulah tidak sama tetapi biasanya, tidak banyak resepi yang meminta anda menggunakan tepung kek atau tepung biskut kerana kedua-duanya bahan hanya mudah didapati dipasaraya atau dikedai khusus menjual bahan dan peralatan kek sahaja.

No comments:
Post a Comment