Resepi Kek untuk Asrul..

Formula untuk cupcake sama aje dengan formula untuk kek.. coma masa bakar tu masukkan dalam bekas yang kecik supaya senang untuk di Nggapp...

KEK COKLAT / CUP CAKE
 
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil baking powder
1sudu kecil soda bicarbonate

BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu segar
1 cwn minyak/mentega/majerin
1½ cwn air panas mendidih

CARA MEMBUATNYA :

Pukul gula dan telur sehingga kembang (high speed) dalam 10 minit . Kemudian masukkan susu segar, pukul sekejap dan masukkan minyak/mentega/majerin dan pukul menggunakan aras low speed .

Masukkan bahan A iaitu tepung  sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan sehingga betul-betul sebati. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).

Akhir sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4 saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak . Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu bersih bermakna kek dah masak .

RESEPI UNTUK COKLAT TOPPING :
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega

Kaedah asas membuat topping:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa minit sebelum digunakan. 
( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)
 

Cup cakes Manja

Tempahan dari Manja bagi pihak kawan nya...katanya nak warna warni bunga...cari dalam google cupcake yang bersesuaian...untuk tema tersebut...terima kasih manja..

Cake Chocolate 29hb dan 30hb

Tempahan dari Puan Nor , Puan Miza Subang , Puan Aslita Puchong , dan Tengku Nur zahirah untuk Majlis Cukur Jambul dan untuk Tengku Ninie Klang.. Terima kasih dari saya..

Cupcakes Tengku Ninie

Cupcakes for tengku ninie, untuk makan-makan....
mmmm... sedap.. bawa kereta elok-elok orang mengidam tu...
mmm...jauh perjalanan luas pandangan...

selamat menjamu selera.. tg.ninie dan kengkawan...


Salam Dan Selamat Pagi Semua..

Pertama sekali saya mohon maaf atas tidak dapat penuhi tempahan dari beberapa pelanggan saya tiga hari baru-baru ini yang membuat tempahan melalui e-mail. kerana laptop saya mengalami masalah dalaman yang tidak dapat saya elakkan. Semua email tidak dapat dibuka. Tunggu suami balik dari oustation dulu barulah boleh dibaiki.. UUUhhhhhhh setelah dibaiki my laptop saya sekarang berfungsi dengan baik..
Al maklumlah saya dah lama tinggalkan kerja dalam bidang teknologi maklumat ni, sekarang sibuk dengan bidang baking...lupa semua dah...

Jika ada pesanan ke tarikh lain yag ingin dibuat jika saya tidak memberi maklumbalas dalam masa 48jam silalah hubungi saya melalui telepon 0192649858 atau sms... sekian terima kasih dari saya...

Happy Birthday Shauki

Ini tempahan dari Kakengku Ira , semalam baru order untuk birthday anaknya yang ke2 Tahun, Nik Muhamad Shauki...sama umur dengan anak saya...alhamdulilah dapat juga siapkan walaupun order last minute...cari aje dalam internet mana yg bersesuaian dengan anak lelakinya... terima kasih dari saya dan selamat hari lahir shauki....muaaaah...

Selamat Hari Lahir Shauki...semoga jadi anak yang baik..dan soleh..Terima kasih dari saya dan keluarga..

Happy Birthday Aty

Tempahan kek coklat dan Apam warna warni dari Aty sempena birthdaynya yang ke27 Tahun. Selamat Hari Lahir Aty Semoga bahagia dan sihat selalu.. Terima kasih dari saya atas tempahan cupcake, cake dan apam warna warni..salam sampai jumpa lagi...

Happy Birthday Nur Arissa Dania

Salam Semua dan Selamat Pagi...cupcake ini ditempah oleh Pn.Aty sempena birthday anak perempuannya Nur Arissa Dania 1Tahun..comel namanya secantik orangnya..cute sangat.., geram betul.....

ada lg...

ini adalah sebahagian gambar yg saya ambil... ada lagi tempahan dari aty adalah kek coklat sempena birthday nya juga..... dari saya selamat hari lahir Nur Arissa Dania semoga menjadi anak yang baik dan soleh...

Cake Chocolate

Terima kasih kepada En.Azmi dan Pn. Ros Klang atas sokongan anda.

Happy Birthday Iqbal

Hari Lahir Iqbal 7 Tahun.. terima kasih kak lin.. selamat hari lahir iqbal.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...