Formula untuk cupcake sama aje dengan formula untuk kek.. coma masa bakar tu masukkan dalam bekas yang kecik supaya senang untuk di Nggapp...
 
KEK COKLAT / CUP CAKE
BAHAN A : diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1sudu kecil  baking powder
1sudu kecil  soda bicarbonate
BAHAN B :
4 biji telur
2 cwn gula halus
1 cwn susu segar
1 cwn minyak/mentega/majerin
1½ cwn air panas mendidih
CARA MEMBUATNYA :
Pukul  gula dan telur sehingga kembang (high speed) dalam 10 minit .  Kemudian masukkan susu segar, pukul sekejap dan masukkan minyak/mentega/majerin dan  pukul menggunakan aras low speed .
Masukkan  bahan A iaitu tepung  sedikit demi sedikit dan kacau perlahan-plahan  sehingga betul-betul sebati. Kemudian masukkan air panas dlm adunan tadi  (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu).
Akhir  sekali saya masukkan bancuhan kek ini dalam cup kertas ( masukkan 3/4  saja bancuhan kek ini ke dalam cup kertas jangan sampai penuh)dan bakar  selama 15 minit dalam suhu 180 darjah celcius atau sehingga kek masak .  Cara lain untuk nak check sama ada kek dah masak ialah dengan mencucuk  bahagian tengah kek dengan lidi, jika lidi yang ditarik keluar itu  bersih bermakna kek dah masak .
RESEPI UNTUK COKLAT TOPPING :
300 gm krim pekat/putar
500 gm coklat masakan(cincang halus)
30 gm mentega
Kaedah asas membuat topping:
1) Cincang coklat masakan kecil-kecil.Masukkan mentega sekali dengan coklat yang sudah dicincang ini.
2) Panaskan krim hingga mendidih. Angkat.
3) Masukkan coklat dalam krim dan kacau hingga coklat cair.
4) Biarkan ia sejuk beberapa minit sebelum digunakan. 
( Boleh juga teknik double boiling untuk masak coklat ganache ini)
No comments:
Post a Comment