HARI 4: Laman web - Perniagaan Internet menggunakan blog
Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjalankannya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!
Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online.
Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog.
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.
Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/ adalah perniagaan Internet yang pernah keudara di program radio "Up the Ante" BFM (89.9fm). Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!
Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.
Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!
Tip:
Terdapat terlalu banyak blog di Internet masa kini. Sehingga ianya dikatakan untuk setiap jam, 3,000 blog baru di bina di Internet!
Namun begitu, blog masih merupakan cara yang amat penting dalam perniagaan Internet. Blog yang mendapat ramai pengunjung yang berulang akan dapat membina kepercayaan dan juga jenama perniagaan anda.
Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6
No comments:
Post a Comment