HARI 8: Cara terima bayaran - Terima bayaran kad kredit
Ramai yang ingin tahu bagaimana caranya menerima bayaran berbentuk kad kredit daripada pelanggan. Apabila menjalankan perniagaan di Internet, menyediakan kemudahan pembayaran melalui kad kredit adalah amat penting oleh kerana ia memudahkan pelanggan membuat bayaran terus secara online.
Untuk menyediakan kemudahan terima bayaran mengguna kad kredit, caranya tidak begitu susah dan juga tidak mahal. Dengan menggunakan perkhidmatan 'Merchant Account' online seperti PayPal.com, RBSWorldPay.com atau iPay88.com, anda boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelanggan anda.
Merchant account boleh di ibaratkan seperti 'orang tengah' dalam menerima bayaran kad kredit dari pelanggan bagi pihak anda. Pelanggan akan melakukan pembayaran kad kredit kepada merchant account, dan merchant account bertanggungjawab menyalurkan pembayaran tersebut ke akaun bank anda. Seringkali, merchant account akan mengambil sedikit % (3%-5%) harga produk yang anda niagakan, sebagai bayaran perkhidmatan mereka.
Adalah dicadangkan anda menggunakan PayPal.com sebagai permulaan oleh kerana PayPal tidak mempunyai bayaran/yuran pendaftaran. Merchant account seperti RBSWorldPay.com dan iPay88.com mengenakan yuran pendaftaran, dan ada juga merchant account yang mengenakan yuran bulanan. PayPal.com juga merupakan syarikat yang bereputasi tinggi dalam menyediakan perkhidmatan merchant account kepada usahawan Internet serata dunia termasuk Malaysia.
Untuk mendaftarakaun PayPal.com anda, lawati http://www.PayPal.com dan baca maklumat yang diberikan untuk kefahaman yang lebih mendalam.
Sekiranya perniagaan anda mengsasarkan pelanggan luar negara, pastikan anda mempunyai merchant account seperti PayPal.com kerana pelanggan luar sering melakukan pembayaran menggunakan Kad Kredit. Tak lupa juga sebahagian daripada pelanggan dalam Malaysia juga lebih cenderung melakukan bayaran menggunakan kad kredit.
No comments:
Post a Comment