Happy birthday Puan Nawal..Tempahan dari Pn Khadijah..Terima kasih banyak..
Happy birthday Aina
Happy birthday aina..selamat maju jaya..pilihannya warna merah dan biru..katanya nak bawa ke asrama makan-makan bersama kawan... terima kasih..
Happy Birthday Anuar
happy birthday anuar, cik ning ucapkan selamat hari lahir yang ke15 tahun. semoga menjadi anak yang soleh dan baik dengan semua orang...jaga adik-adik ya..
Anuar ni memang suka makan kek coklat cik ning..nnt mak order lagi ya anuar...
Terima kasih ceklong atas tempahan ini..
Anuar ni memang suka makan kek coklat cik ning..nnt mak order lagi ya anuar...
Terima kasih ceklong atas tempahan ini..
Kelas Cupcakes
~ Cik noni akan mengadakan kelas Cupcake pada bulan Mei ini, jadi kepada yang berminat hubungi ciknoni 0192649858. Kelas hanya untuk 6org sahaja. (min 3orang). Terima kasih. ~
Cake Chocolate
~selamat pagi semua..~
tempahan dari Asmida kek coklat..kek coklat ini ditempat 2minggu lepas dah lupa nak masukkan maklumlah tunggu depan komputer nak upload gambar memang lama betul la...line busy pening--pening..~
ha..Terima kasih Asmida..dah tempah apamwarnawarni sekali tuh...
tempahan dari Asmida kek coklat..kek coklat ini ditempat 2minggu lepas dah lupa nak masukkan maklumlah tunggu depan komputer nak upload gambar memang lama betul la...line busy pening--pening..~
ha..Terima kasih Asmida..dah tempah apamwarnawarni sekali tuh...
cup cakes ziela
Chrysanthemum wow...thanks for your order..minta cik noni buatkan cupcake ini...this cupcakes katanya untuk seseorang...
..nice meet you..
.
Cup Cake K.Nita again..
thanks again k.nita for your order....this time k.nita order for d sister..katanya kelahiran baby baru...tahniah dari saya...Alhamdulilah..
here for your request pink color...
here for your request pink color...
thanks again...
Memulakan Perniagaan Internet 7
HARI 7: Cara terima bayaran - Pelanggan Bank-in
Cara paling mudah untuk menerima bayaran daripada pelanggan anda adalah menerima bayaran melalui bank-in. Anda hanya perlu memberi maklumat perbankan anda untuk pelanggan melakukan bayaran bagi produk atau perkhidmatan yang anda niagakan di Internet. Mereka boleh melakukan pembayaran melalui mesin ATM bank anda ataupun di kaunter bank terus ke akaun bank anda.
Dengan kemudahan perbankan Internet kini, pembayaran menjadi semakin mudah. Pelanggan juga tidak perlu pergi ke bank untuk melakukan bayaran. Mereka boleh terus membuat bayaran (fund transfer) melalui Internet banking bank mereka seperti Maybank2U atau CIMB Clicks, ke bank anda (tidak kira bank apa pun).
Cara bank-in ini adalah mudah dan selamat untuk anda menerima bayaran dari pelanggan tempatan. Apabila pelanggan anda telah membuat pembayaran, minta mereka SMS atau email pada anda nombor transaksi pembayaran atau bukti pembayaran yang telah dilakukan. Dengan maklumat ini, anda boleh merujuk akaun anda sama ada pembayaran telah dijelaskan ataupun belum.
Sekiranya pembayaran telah dijelaskan, maka, transaski telah berlaku dan anda perlu melakukan penghantaran produk anda atau menjalankan perkhidmatan anda untuk pelanggan tersebut.
Cara meminta pelanggan anda bank-in pembayaran adalah cara mudah dan amat efektif untuk pelanggan tempatan.
Tip:
Salah satu misi utama seseorang usahawan Internet adalah untuk membina kepercayaan pada pelanggan supaya mereka yakin untuk melakukan bayaran.
Terdapat langkah-langkah mudah yang boleh dilakukan di sesuatu laman web untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan pelawat untuk melakukan bayaran.
Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6
Selamat Bertunang
tempahan dari Ustazah Lin untuk Majlis Pertunangan anak saudaranya di Bangi selangor..Selamat Bertunang..Wani dan Muzz.. Tahniah...
Cup Cakes utk Hantaran Tunang Nani
Tempahan dari Nani lagi untuk Hantaran Pertunangan. Kali ini Nani minta cik noni hiaskan dalam kotak. Pilihan Nani kali ini berwarna purple dan putih. Kebanyakkan nya pilihan nani nak yg lebih kurang sama yang sebelumnya..Terima kasih atas tempahan ini..
kotak hantaran dari cik noni...
terima kasih nani..
Cupcake Ceklong..
Tempahan dari Ceklong..sempena kelahiran baby girl najwa...sebenarnya cupcakes ini nak dibawa kepejabat untuk makan-makan katanya..maklumlah dah lama cuti ..selamat bekerja semula ceklong...
terima kasih atas tempahan ini...
Memulakan Perniagaan Internet 4
HARI 4: Laman web - Perniagaan Internet menggunakan blog
Harapnya, anda telah dapat idea mengenai jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di Internet. Langkah seterusnya, apabila sudah tahu apa yang boleh anda niagakan, adalah anda memerlukan laman web untuk menjalankannya, tak kira sama ada menjual pakaian bayi, produk kesihatan, perkhidmatan menjahit, atau menjual informasi cara bermain muzik, pastinya anda memerlukan laman web!
Antara cara mudah memiliki laman web adalah dengan mempunyai blog. BLOG, berasal daripada perkataan Web Log- yang pada asalnya seperti satu diari atau jurnal online.
Pastinya anda pernah melawati blog-blog di Internet bukan?
Berita baiknya, blog kini bukan sekadar diari atau jurnal sahaja, tetapi sering digunakan untuk berniaga! Dan anda juga boleh mulakan perniagaan Internet anda melalui blog.
Gunakan blog untuk meletak gambar produk-produk anda dan juga informasi berkaitan dengan produk anda. Serta kan sekali kaedah anda terima bayaran- cara paling mudah adalah untuk pelanggan bank-in harga barangan tersebut ke bank anda.
Bermacam-macam blog perniagaan boleh didapati di Internet. Sebagai contoh, http://www.emmagem.com/ adalah perniagaan Internet yang pernah keudara di program radio "Up the Ante" BFM (89.9fm). Laman ini menggunakan blog sebagai platform menjual produk fesyen & lifestyle!
Yang menarik juga adalah, blog asas boleh dihasilkan secara percuma! Anda hanya perlu daftar di http://www.blogger.com untuk mendapatkan akaun blog untuk perniagaan anda. http://shopmycloset.blogspot.com/ adalah contoh penggunaan akaun blog percuma untuk berniaga produk fesyen juga.
Zaman ini, memulakan perniagaan Internet adalah mudah dan murah (ada juga yang percuma). Dengan hanya mempunyai blog, anda boleh menjual apa sahaja produk, perkhidmatan atau informasi anda kepada pengguna Internet serata dunia!
Tip:
Terdapat terlalu banyak blog di Internet masa kini. Sehingga ianya dikatakan untuk setiap jam, 3,000 blog baru di bina di Internet!
Namun begitu, blog masih merupakan cara yang amat penting dalam perniagaan Internet. Blog yang mendapat ramai pengunjung yang berulang akan dapat membina kepercayaan dan juga jenama perniagaan anda.
Sila ke http://apamwarnawarni.blogspot.com/ untuk hari 5 & 6
Subscribe to:
Posts (Atom)